Semakin aku cuba untuk melupakan dia semakin kuat bayangan wajah nya hadir di tubir mata hatiku...
Semakin aku cuba membenci dirinya semakin hebat kenangan yang pernah wujud suatu masa dulu muncul di ingatan ku....
Masih terbau wangian yang sering diguna kan nya,masih terlihat senyuman terukir diwajah nya,masih tergambar memori yang pernah wujud antara kami berdua....
Andainya dia bisa mengerti apa yang aku fikirkan,apa yang aku rasakan alangkah indah bila dia fahami isi hatiku....
Jika aku diberi peluang,ingin sekali aku menjelas kan kedudukan sebenar agar dia bisa mengerti aku bukan lah seteruk,sehina,sekeji seperti yang dia fikirkan...
Namun aku tahu,tidak akan ada peluang untuk kami berbicara mempersoalkan hal begini...
Kerana wujud nya jurang yang besar antara kami berdua..
EGO itulah jurang yang ada...
Telah aku cuba buang kan segala sifat EGO yang aku miliki hanya untuk meraih kembali perhatian darinya,namun ternyata aku gagal....
Bisakah mereka sekelilingku mengerti isi hati ku???
Kegembiraan,keriangan sering terpancar diraut wajahku...
Hakikatnya,setiap hari dalam diam ada sendu dihatiku.....
-Andai aku diberi pilihan,tak akan aku pilih untuk mempunyai perasaan ini terhadap dirimu-
-Kerana aku tahu siapa aku dihadapan mu...-