Tuesday, July 20, 2010

Aku Yang Kebingungan

Jam menunjukkan tepat 3.48 pagi...
Aku masih sendiri diruang sepi...
Entah mengapa tidur malam ku ini tidak selena selalu....
Seawal jam 1pagi aku mula terasa mengantuk,lantas aku cuba untuk memejamkan mata berdoa agar tidur ku didatangi mimpi-mimpi indah....
Namun,jangkaan ku meleset sama sekali kerana tidur ku diganggu keresahan perut yang mula berirama lagu keroncong....

Memang dah jadi lumrah setiap manusia,perut kosong tidur pun tak lena...
3 pagi,tanpa berlengah aku bangun dari pembaringan lantas menyediakan secawan coklat panas kegemaranku...hahahah(terasa nyaman perutku disimbahi coklat panas...)
Sangkaan ku,setelah mengisi perut ku yang mengada-ngada ni dapat lah aku nikmati tidur yang lena...
Tapi tidak...!!!

Sambil memejamkan mata,aku terkenang kan blog penulisan ku ini..
Tanpa berlengah segera aku mula mencoret cerita yang bukan-bukan berkenaan malam ku yang tidak berapa indah ini......
Bertemu lagi dilain episod cerita ku.....^__^v

No comments:

Post a Comment